Friday, January 14, 2011

introduction : WHAT IS BLOG?!

Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.

Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).

Di antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma ialah (2 ni yang paling popular):

Blogger - Milik Google.com
Wordpress

Kelebihan blogger
  • Percuma.
  • Mudah untuk mendaftar.
  • Control panel yang ringkas dan mudah digunakan.
  • Boleh upload gambar dalam control panel.
  • Boleh mengubahsuai template secara bebas(Boleh guna CSS,DHTML,AJAX).
  • Turut mempunyai categories tetapi masih dalam peringkat BETA dan hanya user yang bertuah saja boleh dapat.
  • Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.

Kelemahan blogger

  • Hanya pengunjung yang mempunyai akaun blogger sahaja dapat memberikan komen untuk post blogger lain.

Kelebihan Wordpress

  • Percuma tetapi untuk mengubahsuai template, perlu membayar USD25 untuk upgrade
  • Mudah untuk mendaftar.
  • Control panel yang komprehensif.
  • Mempunyai Categories iaitu setiap post dibahagikan mengikut kategori masing-masing.
  • Mempunyai Pages iaitu page yang dapat diisi dengan custom content mengikut kemahuan user seperti about,links dan apa-apa yang sesuai.
  • Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.
  • Pengunjung tidak perlu mempunyai akaun wordpress untuk memberikan komen.
  • Setiap komen yang diberikan oleh pengunjung boleh di’moderate’.

Kelemahan Wordpress

  • Tidak sesuai untuk newbies. Tetapi tidak memerlukan masa yang panjang sekiranya hendak belajar menggunakannya.
  • Tidak dapat mengubahsuai template, perlu upgrade dan membayar sebanyak USD25 untuk unlock fungsi edit template.

Pesanan penting:
Sebelum anda mendaftar, pastikan anda telah pun mempunyai konsep dan untuk apa blog anda dibuat. Ini penting kerana semasa mendaftar, domain atau pun alamat blog anda adalah berdasarkan username akaun anda.contoh:

Blogger: nama_akaun_anda.blogspot.com
Wordpress: nama_akaun_anda.wordpress.com

1 comment: